Sistem Janji Temu Pengambilan Semula Passport Jemaah
Bermula 2 Mei 2023, urusan pengambilan semula passport boleh dibuat melalui janji temu di laman sesawang Onpay EMRAZ Travel & Tours.
EMRAZ sentiasa komited dalam usaha ke arah pengurusan yang bersistematik agar sejajar dengan Pelan Pemulihan yang telah dirancang demi kepuasan pelanggan kami.
Apakah Sistem Janji Temu Pengambilan Semula Passport ?
Ia merupakan sebuah inisiatif syarikat kepada pelanggan yang ingin mengambil semula passport mereka.
Tujuan memperkenalkan sistem ini antaranya termasuklah:
- Mengurangkan tempoh masa menunggu pelanggan di kaunter.
- Mengurangkan bilangan pelanggan yang berkunjung ke kaunter pada hari dan waktu yang sama.
- Memberi kemudahan kepada pelanggan membuat janji temu secara atas talian.
- Memberi kemudahan kepada staff operasi untuk menyediakan passport yang ingin diambil pelanggan.
Terma & Syarat Permohonan Online Sistem Janji Temu EMRAZ
- Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh Kerajaan dapat dipatuhi. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, pengguna perlu membuat pilihan lain.
- Permohonan janji temu boleh dibuat seawal satu (1) hari dari tarikh janji temu. Pemohon wajib mengisi penama-penama passport yang ingin diambil.
- Pengguna hendaklah memilih tarikh mengikut waktu operasi / bekerja rasmi berdasarkan waktu yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Sekiranya pemohon tidak hadir atau lewat hadir untuk sesi janji temu, pemohon perlu membuat permohonan yang baru.
- Pemohon perlu berada di pejabat EMRAZ Putrajaya sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu temu janji.
- Pemohon yang tinggal jauh dari Putrajaya boleh memohon untuk di courier passport dengan mengisi Google Form seperti yang tertera. Borang Permohanan Courier Passport