Saya sebagai bakal Pegawai Pemasaran Umrah (PPU), telah BERSETUJU untuk mematuhi segala terma & syarat sebagai PPU di laman web ini.
- Saya faham bahawa sekiranya saya melanggar mana-mana terma dan syarat program PPU ini, akaun saya boleh digantung ataupun dimansuhkan oleh pihak pengurusan tanpa sebarang notifikasi.
- Saya berjanji akan melakukan promosi secara beretika dan tidak akan sesekali melakukan aktiviti SPAM.
- Saya berjanji tidak akan menggunakan sebarang bahan promosi yang boleh merosakkan nama perniagaan laman web ini.
- Saya berjanji tidak akan menggunakan nama-nama organisasi, trademark, copyright, golongan professional dan apa jua bentuk nama yang dilindungi dalam aktiviti promosi saya.
- Saya mengakui bahawa segala butiran yang saya daftarkan di atas adalah butiran yang tepat dan sah.
- Saya juga bertanggungjawab diatas urusan semua jemaah yang telah saya daftarkan. Termasuk menyimpan salinan resit pembayaran dan salinan invois jemaah saya.
- PPU akan menerima bayaran saguhati sebanyak RM200:-
Pembayaran pertama:
Bulan seterusnya selepas pendaftaran jemaah didalam OnPay. (Pendaftaran bulan Mei, komisen akan dibayar pada bulan Jun)
Pembayaran kedua:
PPU bertanggungjawab membuat tuntutan baki bayaran 14hari setelah Jemaah mereka selamat menunaikan Umrah melalui Memo yang telah ditetapkan syarikat. Memo berkenaan perlu di email ke ppu@emraztravel.com atau dipos ke pejabat HQ.
8.Selepas mengisi permohonan menjadi PPU, sila email maklumat di bawah ke ppu@emraztravel.com bagi simpanan syarikat..Jika tidak di email sejurus selepas pendaftaran dilakukan, pembayaran komisen TIDAK AKAN DIBAYAR. Berikut adalah maklumat yang diperlukan:
-Screenshot pendaftaran selepas membuat pendaftaran didalam sistem OnPay
-Salinan kad pengenalan
-Maklumat kakitangan EMRAZ yang mengendalikan Tuan/Puan
Dengan menghantar butiran pendaftaran ini, saya akan tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan laman web ini.
Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kekeliruan Tuan/Puan boleh menghubungi Unit PPU di email ppu@emraztravel,com atau no tel 012-7566114.